Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘KALABAKAN…KO TUNGGU KAMI DATANG!!’ – Polis Daerah Tawau

9:18pm 15/07/2016 Pak Roshan 9863 views Jenayah,Mutakhir

13680198_644651205694087_5181568145974937435_o

Tawau : Polis Daerah Tawau melalui Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) telah melancarkan Operasi Bersepadu (OB) di kawasan Kalabakan dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.

Operasi yang bermula pada jam 2 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi tadi melibatkan pelbagai elemen kepolisan yang terdiri dari BPJKK, BSJD, Strike Team (ST), Narkotik, Balai Polis Kalabakan dan Polis Bantuan.

Beberapa kawasan sasaran telah diserbu dan sejumlah (80) orang telah ditahan untuk tujuan dokumentasi. Pihak Polis turut memeriksa (74) buah motorsikal dan (11) daripadanya telah dirampas untuk semakan lanjut. Sebuah motorsikal yang dirampas didapati adalah motorsikal curi yang dilaporkan hilang di Kunak pada tahun 2014. (7) lelaki warga asing juga turut ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi.

Polis turut merampas 9 tong gas Shell 14 kg dan pelbagai kotak dan jenis minuman keras kerana disyaki menyalahi Akta Kastam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj Marsus ‪#‎fadilfireblade‬ berkata Operasi Bersepadu akan diteruskan ke semua kawasan dalam daerah Tawau dan menyeru segenap lapisan masyarakat agar dapat membantu dari sudut menyalurkan sebarang maklumat untuk diambil tindakan oleh pihak Polis.

Beliau juga menegaskan bahawa pendekatan ‘Aggressive Policing’ yang dipraktikkan oleh Polis Daerah Tawau adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa selamat dikalangan masyarakat selaras dengan usaha untuk menjadikan Tawau sebagai daerah yang sejahtera.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan melalui:
Inbox laman FB Polis Daerah Tawau
Talian hotline IPD Tawau – 089772121
Balai-balai polis berdekatan

‘Kesejahteraan Anda Matlamat Kami’

13698114_644651439027397_6514041657232617450_o 13730838_644651269027414_6180579148603851324_o 13730843_644651419027399_8212899503621485132_o 13730993_644651229027418_7057864982781198764_o

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan