Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kakitangan KKMM Labuan digesa fokus tugas

kkmm

LABUAN – Kakitangan awam di wilayah ini digesa lebih fokus dalam melaksanakan tugas masing-masing bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menegaskan, keberkesanan agensi dan jabatan kerajaan itu juga dapat dilihat menerusi kerjasama kakitangan awam sebagai satu pasukan dalam memantapkan lagi tugas menyalurkan maklumat dengan lebih tepat.

“Kerjasama tersebut penting agar masing-masing dapat menjalankan tugas dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Wilayah Persekutuan Labuan, di Laman Pa’dian RTM Labuan, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Matteri Marusin; Penolong Pengarahnya, Mohd. Zam Ali; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa); Rahimah Lamat; Ketua Pos Labuan, Rais Saliko; Pengurus Telekom Malaysia, Jamil Jamal dan Pengerusi-pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Labuan.

Rozman berkata, beliau mahu kakitangan KKMM sentiasa meningkatkan prestasi kerja sepenuhnya bagi menangkis segala maklumat palsu yang disiarkan menerusi laman media sosial.

Beliau yang juga Exco KKMM menegaskan bahawa kakitangan perlu fokus dan mengetepikan perihal peribadi semasa bertugas. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan