Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kakitangan jabatan penerangan perlu kreatif dan inovatif

Ketua Unit Komunikasi, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, G Venek kepada Yunus (kanan).
Ketua Unit Komunikasi, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, G Venek kepada Yunus (kanan).

KOTA KINABALU – Kakitangan jabatan penerangan digesa untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan maklumat disamping mengeluarkan fakta yang lebih tepat dan pantas menerusi pelbagai medium media sosial.

Timbalan Pengarah Penerangan negeri, Yunus Saprin berkata, pendekatan strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) juga perlu diaplikasikan dalam melakukan setiap program untuk memastikan kerjasama lebih menyeluruh di antara jabatan berkenaan dengan agensi lain.

“Kakitangan Jabatan Penerangan Sabah, Pusat Maklumat Rakyat, Komuniti 1Malaysia (K1M) dan kelab 1Malaysia perlu meningkatkan gaya dan inisiatif mereka dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Taklimat Khas Pusat Maklumat Rakyat, Komuniti 1Malaysia dan Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri di Dewan Semarak Wisma Dang Bandang, di sini semalam.

Yunus berkata, jabatan itu juga akan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memantapkan aktiviti dan penyampaian maklumat kepada masyarakat. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan