Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kakitangan awam perlu diberi latihan ICT

IMG_9000
SEMINAR ICT… Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli ketika membacakan teks ucapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin di Seminar ICT 2015 MAFI dan Jabatan / Agensi dibawahnya di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian, Kota Kinabalu hari ini. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah.

KOTA KINABALU –  Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, setiap kakitangan awam perlu diberikan latihan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, kebanyakan tugasan pentadbiran kakitangan awam pada masa ini dilaksanakan melalui aplikasi berasaskan ICT termasuk e-cuti, izin hadir seminar dan yang terbaru Sistem Pengurusan Elektronik.

“Penghantaran dan penerimaan  suatu dokumen dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat dengan adanya rangkaian komputer yang cekap,” katanya dalam teks ucapan sempena Seminar ICT 2015 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli.

Sehubungan itu, beliau berkata, rangkaian komputer perlu sentiasa berfungsi dengan baik supaya perkongsian maklumat melalui emel dan semua aplikasi kerajaan dapat digunakan dengan berkesan.

Sabah mempunyai rangkaian komputer sendiri yang dikendalikan oleh Sabahnet Sdn Bhd untuk perkhidmatan awam dan juga pentadbiran negeri.

Dalam pada itu, beliau turut meminta para kakitangan awam agar tidak menggunakan akses internet kerajaan untuk tujuan peribadi ketika berada di dalam ataupun di luar pejabat.

Menurutnya, perbuatan tersebut menyebabkan laluan internet menjadi sesak seterusnya mengakibatkan pengguna lain yang ingin mejalankan tugasan rasmi seringkali terganggu.

“Perbuataan ini bertentangan dengan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.. Masa pejabat terbuang begitu sahaja,” tegasnya.

Seminar bertemakan “Kerajaan Pintar Teras Kesejahteraan Perkhidmatan Awam yang turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ujang Sulani itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kepentingan penggunaan ICT khususnya berkaitan sistem aplikasi Kerajaan Elektronik Negeri.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan