Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaki terjuntai dari siling

KEADAAN kaki suspek yang tergantung selepas tersangkut di siling.
KEADAAN kaki suspek yang tergantung selepas tersangkut di siling.

Krasnoyarsk (Russia): Nasib malang menimpa seorang pencuri yang cuba memecah masuk sebuah kedai runcit di sini apabila dia terjatuh dan tersangkut di atas siling premis berkenaan.

Polis berkata, lelaki berusia 40 tahun itu cuba memecah masuk sebuah kedai dengan membuka atap premis berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, nasibnya malang apabila dia terjatuh di atas siling menyebabkan sebahagian badannya hingga ke paras pinggang tersangkut.

Keadaan itu menyebabkan penggera keselamatan di kedai berkenaan berbunyi.

Polis yang menerima panggilan dari pemilik kedai bergegas ke premis berkenaan dan terkejut melihat ada kaki tergantung dari siling.

Anggota polis kemudian membantu mengeluarkan lelaki itu sebelum menahannya.

Ketika disoal siasat lelaki itu mengaku dia cuba memecah masuk kedai berkenaan untuk mencuri.

Katanya, itu bukanlah kali pertama dia mencuri di kedai berkenaan, tetapi kali ini nasibnya malang apabila dia terjatuh.

Jurucakap polis memberitahu, lelaki itu bakal didakwa atas tuduhan memecah masuk dan mencuri. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan