Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaki masuk lubang tandas

9:57am 03/05/2016 Pak Roshan 234 views Global
BOMBA membantu mengeluarkan wanita itu.

BOMBA membantu mengeluarkan wanita itu.

Beijing: Seorang wanita terpaksa mendapatkan bantuan bomba selepas kakinya terperangkap di dalam lubang jamban cangkung di asrama pekerjanya.

Dalam kejadian minggu lalu di Nanjing, mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya itu bernasib baik kerana membawa telefon bimbit bersamanya memasuki tandas.

Anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian mendapati kaki wanita itu bukan saja terjerlus ke dalam lubang jamban, malah kedudukannya yang bengkok lebih menyukarkan keadaan, tambahan pula mangsa mengadu kakinya semakin kebas.

Bomba bimbang saluran darah kaki wanita itu terputus. Peralatan yang mereka bawa pula tidak sesuai untuk membantunya. Akhirnya seorang daripadanya mencadangkan minyak masak dilumurkan pada kaki mangsa dan akhirnya wanita terbabit berjaya diselamatkan.

Kejadian seperti ini bukan baru di China. Tahun lalu, seorang lelaki terperangkap tangannya di dalam lubang jamban selepas cuba ‘mengambil telefon bimbitnya yang jatuh ke dalam. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan