Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaki ke-13 ditemui

9:16am 13/02/2016 Pak Roshan 7044 views Global
KASUT dengan tulang kaki manusia di dalamnya yang ditemui di pantai di British Columbia.

KASUT dengan tulang kaki manusia di dalamnya yang ditemui di pantai di British Columbia.

Victoria: Sebahagian kaki yang masih berada di dalam kasut sukan ditemui di pantai British Columbia baru-baru ini, yang ke-13 seumpamanya sejak 2007.

Jabatan Coroner British Columbia berkata, kasut terbaru yang ditemui itu dijual di Amerika Utara pada Mac 2013, mendorong penyiasat percaya pemilik kaki itu mati antara tahun berkenaan dan Disember tahun lalu.

“Kajian awal menunjukkan sisa kaki itu tertanggal semula jadi daripada badan pemiliknya kerana terlalu lama terendam dalam air,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat berkenaan.

Ia ditemui pada 7 Februari oleh satu keluarga yang bersiar-siar di Pantai Botanical di Pulau Vancouver, menurut laporan Perbadanan Penyiaran Kanada.

Charlotte Stephens memberitahu stesen berkenaan, suaminya memungut kasut itu di pantai, tetapi tidak menyedari sesuatu yang luar biasa.

“Tetapi, apabila kami teliti selama kira-kira lima minit, ia kelihatan hampir menyerupai tulang kaki,” kata Charlotte.

Penemuan seumpama itu mencetuskan beberapa teori mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Pada 2008, setahun selepas beberapa kaki terdampar di pantai di kawasan sama, Akhbar Toronto Star melaporkan, spekulasi mengenainya adalah pelbagai, dari bencana seperti tsunami pada 2004 hingga ke perbuatan pengedar dadah, pembunuh bersiri dan penyeludupan manusia.

Sehingga kini, pihak berkuasa berjaya mengenal pasti pemilik 10 daripada 13 kaki yang ditemui sepanjang sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak satupun kes itu membabitkan jenayah, kata pejabat koroner. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan