Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kakak menghilang diri 10 tahun dirayu pulang

11:33am 20/11/2016 Pak Roshan 2151 views Mutakhir,Nasional
NOR Suriya Ahmad (gambar kiri, tengah) dirayau supaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 tahun terputus hubungan. Gambar suami Nor Suriya Ahmad dikenali Hendry Wenceslos (kanan). Rekod JPN bagaimanapun menunjukkan dia sudah meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah pada tahun 2007. - Foto Nurul Nadira Shaari

NOR Suriya Ahmad (gambar kiri, tengah) dirayau supaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 tahun terputus hubungan. Gambar suami Nor Suriya Ahmad dikenali Hendry Wenceslos (kanan). Rekod JPN bagaimanapun menunjukkan dia sudah meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah pada tahun 2007. – Foto Nurul Nadira Shaari

ROMPIN: Seorang wanita dari FELDA Keratong 7 di sini merayu supaya kakaknya, Nor Suriya Ahmad yang menghilangkan diri sejak 10 tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.

Nor Adila Ahmad, 24, berkata mereka sekeluarga terutama ibu, Che Piah Din, 62, begitu merindui kakaknya yang kini berusia 35 tahun serta mahu dia bersama anak-anaknya pulang ke rumah.

Nor Adila berkata, kakaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik berkahwin di Thailand dengan suaminya dikenali, Hendry Wenceslos berasal dari Sabah.

“Selepas berkahwin mereka menetap di Seremban, Negeri Sembilan dan mempunyai dua anak, ..namun mereka kerap berpindah-randah menjadikan dia sekeluarga sukar dikesan.

“Kami pernah pergi ke rumah mereka namun kali kedua kami ke sana, mereka sudah berpindah dan tiada maklumat berkaitan tempat tinggal baharu, pada tahun 2006 mereka ada balik beraya dan selepas itu terus hilang tanpa khabar berita hingga kini,” katanya.

Nor Adila berkata, semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Segamat, Johor, baru-baru ini mendapati suami kakak sudah sudah meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah, pada tahun 2007.

“Semakan turut mendapati kakak tidak mengemaskini MyKad dan dua anaknya pula memiliki surat beranak namun tiada MyKad.

“Kami buntu mencari kakak yang kemungkinan berada di Sabah berdasarkan lokasi suaminya meninggal dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Nor Adila merayu supaya kakaknya kembali ke pangkuan keluarga dengan segera dan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Nor Suriya.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi saya di talian 016-9362075,” katanya.

hilang

 

15107220_1367605999947026_6424906580051365074_n

hilang

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan