Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kajian Semula Perintah Gaji Minimum Pada 2018

3:07pm 05/04/2016 Pak Roshan 1037 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membuat kajian semula terhadap perintah gaji minimum pada tahun 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata ini selaras dengan peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), iaitu semakan akan dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun.

“Dalam membuat semakan semula Perintah Gaji Minimum, pelbagai faktor akan diambil kira termasuk sosio ekonomi antaranya kos sara hidup, kadar produktiviti, gaji penengah (keupayaan majikan untuk membayar gaji minimum, kadar pengangguran dan sebagainya),” katanya.

Beliau menjawab soalan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timor) mengenai status terkini pelaksanaan gaji minimum dan impak atau kesan dari segi daya saing dan produktiviti sejak ia dilaksanakan di negara ini.

Dalam Bajet 2016, kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 daripada RM800 sebulan manakala di Semenanjung Malaysia, gaji minimum dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Abdul Mutalib berkata secara dasarnya, amat jelas pelaksanaan gaji minimum memberi kesan positif terhadap peningkatan tahap produktiviti dan pertumbuhan produktiviti daya saing negara.

“Tahap produktiviti yang dicatatkan bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM74,823 berbanding RM71,700 sebelum pelaksanaan gaji minimum pada 2012, manakala pertumbuhan produktiviti (daya saing) pula pada 2014 adalah sebanyak 3.5 peratus berbanding sebelum pelaksanaan gaji minumum pada tahun 2012 iaitu 1.84 peratus,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan