Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kajian Jangka Panjang Kesan Gempa Bumi Di Ranau, Banjir Di Kota Belud Diperlukan

2:59pm 02/12/2015 Pak Roshan 193 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

flood in ranau

KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata terdapat keperluan untuk mengkaji kesan jangka panjang gempa bumi di Ranau dan banjir kilat di Kota Belud bagi mengelakkan krisis besar daripada berlaku pada masa hadapan.

Selain daripada itu, beliau berkata kekurangan bekalan air di Ranau dan Kota Belud juga boleh menjejaskan kehidupan di kedua-dua daerah terutamanya pertanian di Kota Belud.

“Kita mungkin berhadapan dengan krisis di masa hadapan jika kita tidak berhati-hati,” katanya semasa merasmikan seminar dan bengkel bencana alam selama dua hari, Membina Kod Ramalan Gempa Bumi dan Analisis Trend, di sini Selasa malam.

Seminar itu yang merupakan susulan daripada dialog awal pada 2013 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Geologi Malaysia dengan kerjasama Universiti Kao Yuan, Taiwan.

Sejumlah 137 pakar dan peserta dari Malaysia, Taiwan, Singapura dan Indonesia berhimpun di seminar yang berlangsung di UMS untuk bertukar teknologi dan pengetahuan dalam penyelidikan bencana alam.

Menurut Masidi kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kesemua bangunan dan perancangan pembangunan akan datang berhampiran kawasan yang berpotensi untuk berlaku gempa bumi perlu mengambil kira kesan bencana itu.

“Dewan Bandaraya akan mengambil kira (keperluan ini) apabila meluluskan struktur bangunan, Jabatan Kerja Raya dijangka memberikan pandangan mereka di dalam perkara ini,” katanya.

Masidi memuji usaha UMS dalam menganjurkan kempen kesedaran mengenai gempa bumi dan berharap seminar ini akan mempersiapkan Sabah dalam menghadapi bencana alam di masa akan datang.

“Saya berharap kerjasama penyelidikan dalam kalangan peserta di seminar ini akan memberikan lebih kefahaman mengenai bencana alam yang memberi kesan kepada rantau ini dan mencari langkah sesuai bagi mengurangkan risikonya, kata Masidi.

Sementara itu, pengerusi penganjur Professor Dr Rodeano Roslee berkata hasil daripada bengkel ini diharap dapat menjadi rujukan dan panduan untuk menetapkan standard ketahanan bangunan terhadap gempa bumi di dalam negara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan