Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kajian diperlukan dalam pemuliharaan kawasan pembiakan kelip-keilp

8:06pm 16/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 74 views Tempatan

Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar (kiri) dan Masidi (kanan) semasa sidang akhbar di UMS Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar (kiri) dan Masidi (Kanan) semasa sidang media di UMS

KOTA KINABALU-  Industri pelancongan kelip-kelip di negeri ini dikhuatiri akan terhapus berikutan bilangan populasi kelip-kelip yang semakin berkurangan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, ahli akademik dan para pelajar di semua institusi pengajian tinggi harus berganding bahu bersama kerajaan dalam memberi idea-idea yang bernas melalui kajian mereka untuk memelihara dan memulihara kelip-kelip di negeri ini.

“Kajian tersebut bukan hanya dapat mendidik pelancong malahan pengusaha pelancongan serta memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang kepentingan kelip-kelip dalam membangunkan ekonomi negara ini.

“Tanpa ada kajian yang terperinci mengenai cara untuk melindungi kawasan pembiakan kelip-kelip, ia akan menyebabkan bilangan populasi kelip-kelip ini  semakin berkurangan sekali gus akan menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini”, kata beliau.

Masidi berkata semasa merasmikan seminar mengenai kelip-kelip dan kemampanan pelancongan di Dewan Kuliah Utama, UMS, petang tadi.

Disamping itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar, mengumumkan bahawa bilangan pemandu van pelancong haram telah menurun.

“Pertambahan bilangan bas persiaran di kawasan-kawasan utama pelancongan merupakan salah satu faktor kepada penurunan bilangan pemamdu van pelancong yang tidak berlesen”, kata beliau

Beliau juga berharap agar dapat capai jumlah penangkapan sifar
pada operasi yang akan datang. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan