Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kajian Dapati Vape Boleh Menyebabkan Kemandulan

vape
gambar hiasan

NAMPAKNYA isu rokok elektronik atau vape di Malaysia sudah mula dilupakan selepas menjadi isu negara pada hujung tahun lepas.

Negeri Johor dan Melaka telah mengharamkan sepenuhya penjualan vape dan Negeri Sembilan pula telah membenarkan penjualannya tetapi hanya kepada mereka yang bukan beragama islam.

Mereka yang mementingkan kesihatan telah menerima pengharaman vape ini dengan baik kerana mereka yakin ia membawa kemudaratan.

Persatuan vape pula menentang tindakan pengharaman vape kerena mereka berpendapat ia adalah lebih baik dari rokok, dan akan membantu perokok meninggalkan ketagihan merokok.

Satu kajian terbaru dari Hong Kong mendapati vape boleh menyebabkan kemandulan kepada penghisap tegar.

Penyelidik Baptist University Hong Kong telah mengkaji sebanyak 13 alat vape dan mereka menjumpai kandungan Polybrominated Diphenyl Ethers (PDE) di dalam cecair perasa vape dan ia adalah lebih tinggi berbading kandungannya di dalam rokok biasa.

PDE digunakan untuk mengelak cecair vape dari terbakar dan ia mengganggu hormon tiroid yang menyebabkan masalah kepada organ pembiakan dan akan membawa kepada kemandulan.

Setakat ini, sebanyak 16 buah negara telah mengharamkan penjualan vape atas alasan kesihatan.

-mynewshub

Komen


Berita Berkaitan