Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaji semula sistem meletak kenderaan di kawasan Bandaraya

7:00pm 25/02/2016 Leolerry Lajius 55 views Tempatan
Michael menyampaikan cenderahati kepada Yeo ketika kunjungan tersebut.

Michael menyampaikan cenderahati kepada Yeo ketika kunjungan tersebut.

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI) yang diketuai oleh  Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui Yen membuat kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai di pejabatnya, di sini, petang tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Michael mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikkan kepada Yeo untuk diambil tindakan susulan terhadap perkara tersebut.

Antara perkara tersebut adalah memperbaiki sistem lalulintas di sekitar bandaraya dan juga memohon agar pihak DBKK akan memasang CCTV di kawasan strategik sebagai platfrom untuk mengatasi jenayah.

Michael  juga menyuarakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak DBKK dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan di sekitar bandaraya ini.

“Kota Kinabalu mempunyai potensi yang tinggi untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelancong dari China dan pihak KKCCCI bersedia menjalinkan kerjasama bagi menjadikan bandaraya ini sebagai syurga pelacongan yang secara tidak langsung akan meningkatkan sumber ekonomi,”katanya.

Michael juga turut menyuarakan sokongan terhadap usaha pihak DBKK dalam menjaga kebersihan di sekitar bandaraya ini mencadangkan agar satu kajian semula terhadap sistem meletak kenderaan di bandaraya ini.

“Saya berharap agar satu kajian semula terhadap sistem meletak kenderaan di bandaraya ini akan dilakukan untuk kepentingan bersama,”katanya.

Sementara itu, menurut Yeo cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak KKCCCI itu akan dilaksanakan dan jalinan kerjasama antara semua pihak adalah penting bagi menjamin kejayaan usaha penambahbaikkan tersebut.
“Saya amat menyokong terhadap cadangan yang diberikan oleh pihak KKCCCI dan seperti yang saya perkatakan sebelum ini, kebersihan merupakan aspek keutamaan dalam kepimpinan saya sebagai mayor,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan