Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KAJI SEMULA KONTRAK PENYELENGGARAAN JALANRAYA SABAH

Jamawi (kiri) sedang memperkatakan sesuatu kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Ewon Benedick sebelum dewan bersidang. – Gambar SNT / ehsan Jaafar Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri disaran mengkaji semula kontrak perjanjian penyelenggaraan jalan raya di negeri ini kepada syarikat swasta yang dilantik kerana tidak efektif melaksanakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar ketika membangkitkan isu ini berkata, kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat terbabit tidak memenuhi kualiti seperti ditetapkan.

“Apabila aduan dibuat mengenai kerosakan jalan raya, syarikat yang dipertanggungjawabkan mengambil masa lama untuk membaikinya dan berlaku kerosakan berulang,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir hari ini.

Menurut Jamawi, keadaan itu sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat selaku pengguna jalan raya kerana berlaku kes kemalangan dan kenderaan mereka rosak disebabkan keadaan jalan yang teruk.

Tambahnya lagi, kes serupa juga berlaku kepada syarikat swasta yang diberikan konsesi membaik pulih sistem bekalan air di negeri ini yang mengambil untuk menyelesaikan aduan rakyat.

“Perkara ini menjejaskan kesejahteraan rakyat sebagai pengguna dan dalam masa sama turut memberikan impak negatif kepada kerajaan” ujarnya.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, menyarankan agar kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta berkenaan atau mengembalikan peranan dan tanggungjawab penyelanggara jalanraya dan air ini kepada Jabatan Kerja Raya.

Dalam perkembangan lain, beliau mahu kerajaan menghentikan pemberian geran komunal sebaliknya menukar kepada pemberian geran individu.

“Lebih elok sekiranya kerajaan dapat membantu pemilik geran individu itu dengan peruntukan subsidi anak benih dan baja kelapa sawit bagi meringankan beban mereka yang ingin mengusahakan tanah dengan kegiatan pertanian.

“Bantuan ini bukan sahaja menggalakkan penduduk luar bandar mengusahakan tanah mereka daripada terbiar, malah dapat menjana taraf sosio ekonomi mereka untuk jangka masa yang panjang,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan