Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaji sekat laman sosial Facebook

facebook nak tutup

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji kewajaran menyekat laman sosial Facebook (FB) susulan pelbagai penyalahgunaan laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus disekat, kita bersedia melihat (perkara itu) tetapi ia pendekatan yang radikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, kelmarin.

Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Zurainah Musa.

Namun, Ahmad Shabery berkata, adalah mustahil untuk menyekat laman sosial itu kerana jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan diterima.

“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun… aduan kita terima sekitar 2,000 saja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak sekat sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan