Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaji Kedudukan Liew Daren Dalam BAM – Zolkples

liew daren

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengkaji semula prestasi pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren.
Zolkples berkata beliau mengakui kecewa dengan prestasi hambar Liew ketika beraksi pada perlawanan suku akhir ketika menentang Kashyap Parupalli dari India dengan keputusan 13-21 dan 14-21.

“Saya akan desak mereka (BAM) selepas ini, tibalah masa untuk berhenti bercakap banyak … saya tidak kisah kalah tetapi cara beliau kalah itu tidak boleh terima, terlalu mudah,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Zolkples juga mahu seorang lagi pemain perseorangan negara Chong Wei Feng segera memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam mengawal tekanan ketika beraksi dalam kejohanan penting.

“Kalau Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada, saya yakin Wei Feng akan masuk final. Tetapi Wei Feng menjadi tertekan apabila beliau menjadi sandaran pingat emas dan menjadi pemain pilihan utama kejohanan,” katanya.

Wei Feng turut tewas kepada seorang lagi pemain dari India, R V Gurusaidutt pada perlawanan suku akhir dengan keputusan 15-21, 21-8 dan 17-21.
Namun Zolkples berkata secara keseluruhan skuad badminton merupakan pasukan terbaik kontinjen negara pada Sukan Komanwel selepas menyumbang tiga pingat emas menerusi acara berpasukan campuran, beregu wanita dan lelaki. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan