Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kain ihram, wang belanja di tanah suci hangus

7:19pm 05/08/2016 Pak Roshan 804 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
NORMAH bersama cucunya Mohd Zekianshah Ali Usman, 4, ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

NORMAH bersama cucunya Mohd Zekianshah Ali Usman, 4, ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: “Saya dan keluarga kini tinggal sehelai sepinggang, tambah menyedihkan kaih ihram serta kelengkapan untuk menunaikan haji turut hangus bersama rumah yang terbakar,” kata ibu tunggal, Normah Rashid, 56.

Bakal jemaah haji Sabah yang dijadual berangkat ke tanah suci pada 20 Ogos nanti itu adalah antara lebih 250 penduduk Kampung Tanjung Batu Tengah, dekat sini, hilang tempat tinggal akibat kebakaran memusnahkan kira-kira 50 rumah, Selasa lalu.

Lebih memilukan Normah, wang simpanannya berjumlah RM5,000 untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian sepanjang 40 hari berada di tanah suci turut hangus.

Menceritakan peristiwa itu, ibu kepada lapan anak itu berkata, ketika kejadian dia berada di hospital kerana menziarah ahli keluarga yang sakit sebelum dihubungi oleh seorang anaknya memaklumkan rumah mereka terbakar.

“Saya bergegas pulang namun sudah terlambat. Barang kelengkapan untuk menunaikan haji yang disiapkan lebih awal semuanya hangus, malah RM5,000 wang simpanan hanya tinggal debu,” katanya ketika ditemui BH di rumah saudaranya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa lalu, lebih 50 rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah musnah dalam kebakaran mengakibatkan lebih 250 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Bercerita lanjut, Normah yang kematian suami pada tahun 2008 berkata, biarpun wang dan semua kelengkapan haji musnah sama sekali, ia tidak mematahkan semangatnya menyahut seruan Allah SWT ke tanah suci selepas penantian hampir 40 tahun untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sementara itu, anaknya, Hasmawati Baharudin, 32, berkata, mereka sekeluarga merancang mengadakan kenduri kesyukuran pada 11 Ogos ini sebelum ibunya berangkat menunaikan haji, namun kini tidak pasti sama ada ia dapat diteruskan atau sebaliknya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan