Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kain dalam perut sejak 4 tahun lalu

DOKTOR menunjukkan kain yang dikeluarkan dari perut lelaki itu.
DOKTOR menunjukkan kain yang dikeluarkan dari perut lelaki itu.

Riyadh: Seorang lelaki yang pernah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang terkejut mendapati kain yang digunakan doktor ketika pembedahan tertinggal di dalam perutnya selama hampir empat tahun sebelum ia dikeluarkan minggu lalu.

Lelaki terbabit mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jouf, bandar di barat laut Saudi minggu lalu selepas menderita sakit perut yang teruk sejak menjalani pembedahan itu.

Imbasan yang dibuat menunjukkan terdapat sehelai kain di dalam perutnya, menyebabkan doktor mengambil keputusan melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkannya.

“Sehelai kain yang panjang dan lebar 40 sentimeter tertinggal di dalam perut pesakit oleh doktor yang melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang ke atasnya,” lapor akhbar Okaz. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan