Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kahwini budak untuk bercinta dengan isteri orang

RATAN dan budak yang dikahwininya.
RATAN dan budak yang dikahwininya.

New Delhi: Perkahwinan kanak-kanak masih berleluasa di beberapa bahagian di India.

Namun gambar baru-baru ini yang menunjukkan lelaki berusia 35 tahun mengahwini budak enam tahun di Rajasthan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ratan Lal Jat, 35, anggota majlis jawatankuasa kampungnya di Gangrar, melangsungkan perkahwinan itu 23 Jun lalu di depan lima saksi di kuil kampung berkenaan.

Polis berkata, Ratan berkahwin dengan kanak-kanak itu bagi memenuhi syarat Nara Pratha – budaya kuno tempatan.

Menurut budaya itu, setiap lelaki yang sudah berkahwin boleh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang jika dia menyediakan pampasan berbentuk wang.

Memandangkan Ratan masih bujang, dia mengahwini budak itu supaya dia boleh menjalin hubungan dengan kekasihnya yang sudah berkahwin.

Polis berkata, mereka menahan Ratan minggu lalu atas tuduhan melanggar Akta Perkahwinan Kanak-Kanak. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan