Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kahwin RM35 juta

9:09am 28/11/2015 Pak Roshan 1078 views Global
PASANGAN pengantin Arathi (kanan) dan suaminya.

PASANGAN pengantin Arathi (kanan) dan suaminya.

Thiruvananthapuram (India): Ahli perniagaan India terkemuka dari Kerala, Ravi Pillai, dilaporkan membelanjakan Rs550 juta (RM35.1 juta) untuk majlis perkahwinan anak perempuannya yang diadakan sehingga lewat kelmarin.

Majlis perkahwinan gilang-gemilang itu diadakan untuk anaknya, Dr Arathi dengan Dr Adithya Vishnu.

Pillai, 62, dan isterinya Geetha juga mempunyai seorang anak lelaki.

Antara selebriti dan golongan VVIP yang menghadiri majlis berkenaan, termasuk anggota keluarga diraja dari negara Teluk, serta beberapa bintang Mollywood (perfileman Malayali) dan ahli perniagaan.

Seorang pengurus acara berkata, beberapa ahli perniagaan terkenal Kerala turut menghadiri majlis berkenaan kerana ia dilihat sebagai peluang untuk memperluas jaringan dan berkongsi pendapat mengenai peluang pelaburan di Kerala.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan