Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kahwin RM322j

GAMBAR bakal menantu Janardhana, Rajeev, dikelilingi lima kuda putih. - DM
GAMBAR bakal menantu Janardhana, Rajeev, dikelilingi lima kuda putih. – DM

New Delhi: Seorang ahli politik mencetuskan kemarahan orang ramai ketika sebahagian besar penduduk India masih ramai hidup miskin apabila dia berbelanja besar-besaran untuk majlis kahwin anaknya.

Tokoh politik, bekas menteri di sebuah negeri di India yang juga ahli perniagaan, Gali Janardhana Reddy dilapor membelanjakan 5 bilion rupee (RM322 juta) untuk majlis berkenaan.

Kad jemputan yang diedarkan kepada tetamu diisi dalam kotak bersalut emas, lengkap dengan skrin LED, sementara bintang Bollywood mengadakan persembahan dalam acara yang diadakan selama lima hari itu.

Video yang dimainkan pada skrin itu menunjukkan anak perempuan Janardhana, Brahmani, memakai pelbagai fesyen gaun mahal sementara tunangnya, Rajeev Reddy dikelilingi lima kuda putih.

Janardhana dan isterinya pula dirakam menyanyikan ’ lagu yang dikarang khusus untuk majlis itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan