Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kahwin dulu sebelum tangkap

WANG ditahan bersama telefon pintar yang dicurinya. – Agensi

Beijing: Polis di barat daya China menunggu sehingga seorang pemuda berkahwin dengan tunangnya di rumahnya sebelum menahan lelaki itu kerana mencuri lebih 20 telefon bimbit.

Wang Cheng, dari daerah Aba di wilayah Heishui menerima wang 140,000 yuan (RM93,600) daripada bapanya untuk majlis perkahwinannya dan membeli rumah.

Dia sebaliknya menghabiskan wang berkenaan untuk melancong.

Kerana terdesak untuk menggantikan semula wang itu apabila majlis perkahwinannya semakin hampir, Wang cuba mencari kerja. Bagaimanapun, dia gagal memperoleh pekerjaan menyebabkan dia bertindak merompak sebuah kedai menjual telefon.

Menurut laporan, lelaki itu menggantikan mangga di luar kedai itu sebelum pemiliknya menutup premis berkenaan.

Wang kemudian membuka kunci itu apabila ia ditutup dan mencuri lebih 20 telefon pintar Samsung dan Apple untuk dijual semula. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan