Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kahwin anjing buang sial

kahwin anjing

New Delhi: Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri

sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.

Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu

ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada

keluarga dan penduduk di situ.

Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum

disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu,

namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.

“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki

buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan

berkenaan.

“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.

Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut

mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan

terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung

berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,”

kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis

berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana

pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin

kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia

selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan