Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kafe jamban haram jika tetamu jijik

MAKANAN yang disediakan dalam mangkuk tandas di kafe yang diusahakan seorang aktivis kebersihan.
MAKANAN yang disediakan dalam mangkuk tandas di kafe yang diusahakan seorang aktivis kebersihan.

Jakarta: Sejak kewujudannya di Semarang, Jawa Tengah, Kafe Jamban mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra daripada masyarakat setempat.

Bagaimanapun, bagi seorang tokoh agama yang diminta mengulas kafe yang diusahakan oleh seorang doktor yang juga aktivis kebersihan, Budi Laksono, 52, berkata, makanan yang disajikan boleh dimakan jika ia bersih dan halal.

“Tidak ada masalah untuk makan jika bersih dan halal,” kata Ketua Suruhanjaya Dakwah Majlis Ulama Indonesia Pusat, Choluil Nafis, semalam.

Bagaimanapun, makanan itu akan menjadi haram sekiranya tetamu yang datang itu berasa jijik.

“Kita tidak boleh memakan sesuatu yang kita rasa jijik,” katanya.

 Budi mengusahakan kafe berkenaan sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan tandas di Indonesia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan