Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaedah Sewa Beli Rumah PPR Belum Dapat Dipertimbangkan – Hajiji

8:38pm 08/08/2016 Pak Roshan 147 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah belum dapat mempertimbangkan kaedah sewa beli ke atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) setakat ini memandangkan masih banyak Ketua Isi Rumah (KIS) setinggan memerlukan rumah seperti itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebaliknya berkata kemudahan PPR akan kekal sebagai rumah sewa untuk kemudahan KIS setinggan yang memerlukan rumah itu.

“Setakat ini kementerian saya melalui Jabatan Perumahan Negara telah dan sedang membina sebanyak 23,114 unit rumah PPR di seluruh Sabah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,956 unit rumah PPR sudah siap dibina dan 7,158 unit lagi sedang dalam pembinaan,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini, beliau berkata di Sandakan sahaja, 4,000 unit PPR sudah siap dibina dan telah diduduki manakala 1,080 unit lagi sedang dalam pembinaan.

Kepada soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) pula, Hajiji berkata status pembinaan PPR Selagon (di Beaufort) yang melibatkan 67 buah rumah kini 93 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini.

Katanya di bawah Rancangan Malaysia ke-11, sebanyak 5,960 unit rumah PPR dicadang dibina iaitu 1,000 unit di Kota Kinabalu, Sandakan (680), Semporna (500), Tawau (1,000), Lahad Datu (1,000), Papar (1,000), Keningau (780), Kudat (500) dan Beaufort (280).

Mengenai kriteria dan syarat untuk mendapatkan rumah PPR seperti dibangkitkan oleh Roland Chia Ming Shen (PKR-Inanam), Hajiji berkata kriterianya termasuklah seseorang itu adalah penghuni setinggan tempatan dan warganegara.

Kriteria lain ialah seorang ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya, mangsa kebakaran (tertakluk kepada kekosongan) dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan