Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaedah Rawatan Terbaru Untuk Pesakit Tumor Otak

otak

KUALA LUMPUR: Pesakit yang mengidap tumor otak kini mempunyai harapan baharu berikutan kaedah teknologi laser terbaru untuk merawat barah otak kini didapati di Malaysia, dengan menawarkan pembedahan stereotaktik bebas insisi tanpa menyakitkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Hospital Gleneagles, Datuk Amir Firdaus Abdullah berkata teknologi terbaru itu dikenali sebagai sistem ‘Leksell Gamma Knife Perfexion’.

Beliau berkata ia dilakukan dengan ketepatan paling tertinggi untuk mengecutkan tumor dan membunuh sel-sel barah tanpa menjejaskan tisu-tisu yang sihat di kawasan sasaran rawatan.

“Teknologi ini mencapai hasil klinikal yang lebih baik berbanding pembedahan otak secara konvensional kerana ia tidak memerlukan insisi terhadap pesakit yang sudah berumur atau keadaan kesihatan individu yang tidak begitu baik yang mungkin dianggap berada pada risiko tinggi untuk anestesia dan pembedahan konvensional,” katanya.

Amir Firdaus berkata demikian pada sidang media semasa pelancaran Pusat Gamma Knife oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, di sini hari ini.

Beliau berkata pesakit yang ingin mendapatkan pembedahan Gamma Knife perlu terlebih dahulu mendapatkan penilaian daripada pasukan pelbagai disiplin iaitu pakar bedah otak, pakar radisi, pakar onkologi dan ahli fizik Hospital Gleneagles Kuala Lumpur untuk menentukan sama ada rawatan tersebut sesuai untuk pesakit berkenaan.

Berikutan perkembangan terbaru itu, beliau berkata pesakit kini boleh mendapatkan pembedahan saraf yang canggih dan mewah di negara ini untuk hanya RM48,000.

Beliau berkata Gleneagles menawarkan kumpulan pakar bedah neuro yang berpengalaman dan pakar neurologi untuk menyediakan prosedur neurosurgeri yang rumit dengan gabungan peralatan terbaru dan canggih.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata teknologi terbaru itu memberikan makna yang lebih dalam konsep pelancongan perubatan dan pada masa sama memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan negara-negara jiran.

Komen


Berita Berkaitan