Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaedah BIM digunakan dalam sektor pembinaan

KOTA KINABALU: Sebanyak 25 agensi kerajaan dan swasta menyertai Taklimat Pendedahan Awal Kaedah ‘Building Information Modeling’ (BIM) yang diadakan di sini hari ini.

Taklimat yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama CIDB dan BIM Global Venture itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan teknologi BIM.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, BIM boleh digunakan untuk meneliti kitaran sesebuah bangunan secara terperinci termasuk proses pembangunan dan operasi fasiliti.

“BIM adalah suatu proses dalam menghasilkan dan mengelola data sesuatu bangunan yang meliputi geometri, ruang, geografi serta kuantiti dan kualiti sesebuah bangunan,” katanya ketika berucap merasmikan taklimat tersebut di Horizon Hotel di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran taklimat berkenaan juga sejajar dengan perubahan arus kemodenan teknologi dalam sektor industri pembinaan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar peserta taklimat itu mengambil peluang untuk memahami kaedah BIM.

“Memandangkan tugas anda semua ada kaitan dengan pembangunan sama ada secara langsung atau sebagai agensi penguatkuasaan, saya berharap peserta akan memahami dan mengamalkan kaedah berkenaan,” katanya lagi.

Abidin juga berkata, satu perbincangan lanjut akan diadakan untuk merangka strategi meningkatkan kecekapan dan pembaharuan dalam sector pembangunan di bandaraya ini. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

TAKLIMAT… Abidin Madingkir (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama dengan peserta taklimat kaedah BIM. – foto Alex Ndok / Sayangsabah
TAKLIMAT… Abidin Madingkir (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama dengan peserta taklimat kaedah BIM. – foto Alex Ndok / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan