Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadzim M.Yahya dilantik Senator untuk penggal kedua

kadzimKUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif Umno Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal kedua.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di bangunan Parlimen di sini.

Kadzim, 55, akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini setelah tempoh penggal pertamanya tamat pada 22 Dis lepas.

Berasal dari Sandakan, Kadzim berkelulusan undang-undang dari Thames Valley University, United Kingdom dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau pernah berkhidmat di sektor awam sebagai Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Tadbir di Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) selain anggota Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah.

Ditemui pemberita kemudianya, Kadzim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berikrar melaksanakan tugas dengan baik demi kemajuan semua khususnya rakyat Sabah.

“Saya akan terus bawa suara rakyat Sabah dan sedaya upaya akan membantu dalam segala program pembangunan di Sabah,” tambahnya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan