Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadet sekolah menyertai pelayaran

Peserta latihan
Peserta latihan

SANDAKAN: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) dari SM Sung Siew dan SMK St. Cecilia telah menyertai pelayaran bersama KD Sri Gaya dan KD Sri Tiga di sekitar perairan Sandakan pada Sabtu lepas.

Dalam ucapan pembukaan, Komander Pangkalan Sandakan, Laksamana Pertama Dato’ Ahmad Bin Abdullah berkata, pelayaran itu bertujuan memberi pendedahan budaya maritim secara praktikal seperti ilmu kelautan.

Katanya, program berkenaan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan TLDM sebagai prospek kerjaya bagi kadet-kadet pada masa akan datang.

Keseluruhan latihan dilaksanakan seperti yang dirancang termasuk prosedur keluar dan masuk pelabuhan, latihan laluan bebas periuk api, latihan kebakaran dan kebanjiran, latihan orang jatuh laut dan latihan komunikasi.

Menerusi program itu, kadet-kadet PKBM (L) secara tidak langsung dapat merasai sendiri pengalaman dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang anggota tentera laut.-AA/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan