Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadayan perlu berinovatif, elak sentimen politik

Ahli Jawatankuasa Penyelaras PAADIAN Zon Mesapol yang dipilih merakamkan kenangan bersama pengerusi nya, Abdul Rahim Idris (duduk tengah). Gambar SNT/Ehsan Abdul Bakar Esah

SIPITANG: Aktivis Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) perlu pendekatan yang lebih kreatif dan berinovatif untuk mengangkat warisan tradisi dan budaya suku kaum Kadayan ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat diterima di peringkat global.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Yusof Yacob Berkata, golongan pemikir dan budayawan Kadayan perlu tampil ke hadapan merencanakan sesuatu bagi mengemaskinikan tradisi turun temurun mengikut perubahan zaman dan keperluan semasa.

“Kita mahu melihat etnik Kadayan juga setanding dengan bangsa lain yang telah berjaya mengangkat warisan tradisi budaya mereka ke mata dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan amanat Presiden sebelum mesyuarat pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) bagi Zon Mesapol. Gambar SNT/Ehsan Abdul Bakar Esah

“Justeru, saya berharap kita dapat bersama-sama menggembeling usaha ini. Kalau tidak, kita akan terus ketinggalan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Paadian Zon Mesapol di Balairaya Pekan Mesapol.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin yang juga Presiden Paadian itu juga mahu masyarakat Kadayan terus bersatu padu dan sentiasa memelihara semangat kerjasama yang menjadi budaya kehidupan sejak turun temurun dalam kalangan suku kaum itu.

Beliau mengingatkan bahawa perpaduan merupakan teras kepada kejayaan bangsa itu dan ia perlu dihayati dengan lebih rasional dengan mengenepikan sentimen ideologi politik dalam berpersatuan.

“Kita berteduh di bawah satu bumbung. Kita mesti bersatu tanpa garis pemisah oleh sentimen faham politik. Namun dalam masa yang sama, harus difahami dasar Paadian adalah menyokong kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan