Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kadar zakat fitrah negeri Sabah tahun ini ditetapkan RM7

3:21pm 25/05/2016 Leolerry Lajius 121 views Tempatan
Mohd Suhaili Said (tengah) mengisytiharkan kadar zakat fitrah negeri Sabah bagi tahun 2015 pada majlis pengisytiharan dan taklimat amil fitrah negeri Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mohd Suhaili Said (tengah) mengisytiharkan kadar zakat fitrah negeri Sabah bagi tahun 2016 pada majlis pengisytiharan kadar zakat bagi  negeri Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kadar zakat fitrah bagi tahun 1437 hijriah bersamaan tahun 2016 bagi Negeri Sabah telah ditetapkan sebanyak RM7 atas setiap orang Islam yang bermastautin di negeri ini dan ia berasaskan 2.7 kilogram beras dimakan oleh majoriti penduduknya.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mejar (K) Hj. Mohd. Suhaili Hj. Said berkata, penguatkuasaan undang-undang Enakmen Zakat dan Fitrah 1993 telah memperuntukkan bahawa setiap orang Islam yang mampu berbuat demikian tidak kira untuk dirinya mahupun untuk ahli keluarganya yang bergantung pada dirinya.

Beliau turut menyatakan jumlah pungutan zakat pada tahun lalu adalah berjumlah RM61,795.17 iaitu masing-masing RM52,865,137.17 bagi zakat harta dan RM8,930,558.00 bagi zakat fitrah.

“Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lalu adalah seramai 1,275,794 orang iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 3 peratus bersamaan 36, 279 berbanding pada tahun 2014 iaitu berjumlah 1,239,518,”katanya ketika majlis pengisytiharan kadar zakat fitrah negeri sabah di Wisma Muis, di sini, hari ini.

Tambah beliau jumlah agihan zakat mengikut asnaf pada tahun lalu adalah berjumlah RM72, 904, 222.68 yang melibatkan seramai 95, 401 orang penerima.

Pada tahun ini sehingga bulan april jumlah pungutan zakat harta adalah RM13,844,901.34 dan agihan dana zakat bagi asnaf bagi tempoh yang sama pada tahun ini adalah berjumlah RM18,944,148.19.

Pada majlis berkenaan beliau juga turut melancarkan Van Kaunter Bergerak PZS (Muis) yang akan digunakan untuk menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan juga mengumpul wang bayaran zakat daripada amil.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Mohd. Suhaili (empat dari kanan) ketika melancarkan van kaunter bergerak berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Mohd. Suhaili (empat dari kanan) ketika melancarkan van kaunter bergerak berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan