Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadar Zakat Fitrah Di Sabah Tahun Ini RM7 – Muis

zakat

KOTA KINABALU:  Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah yang wajib dibayar setiap individu Muslim yang bermastautin di Sabah pada tahun ini ialah RM7.

Pengerusi Muis Datuk Mohd Suhaili Said berkata kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah.

“(Kutipan) Zakat fitrah pada tahun ini kita unjurkan daripada RM8.2 juta (tahun lalu) kepada RM8.5 juta iaitu anggaran pertambahan RM300,000,” katanya ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di Wisma Muis di sini Rabu.

Berdasarkan unjuran berkenaan Mohd Suhaili berkata pihak Muis akan berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan umat Islam di Sabah mengenai kewajipan membayar zakat serta fungsinya dalam sistem sosial masyarakat Islam termasuk melalui khutbah yang bakal disampaikan di masjid di seluruh Sabah.

Menurut Mohd Suhaili membayar zakat merupakan satu daripada bentuk penyucian harta yang dimiliki umat Islam termasuk pemastautin di Sabah dan jika ini difahami maka lebih ramai umat Islam akan menunaikan kewajiban mereka membayar zakat.

“Mereka (umat Islam bermastautin) yang bekerja di Sabah melebihi enam bulan atau setahun sepatutnya membayar zakat kepada amil-amil Muis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) yang wujud di kawasan masing-masing,” katanya.

Mohd Suhaili berkata rakyat asing beragama Islam yang bekerja atau berniaga di Sabah sepatutnya membayar zakat di Sabah kerana di negeri itulah mereka mencari rezeki.

Katanya pada tahun ini Muis melantik 36 ketua amil dan 1,935 wakil amil di seluruh Sabah.

Mohd Suhaili juga berkata unjuran kutipan semua jenis zakat di Sabah tahun ini ialah RM55 juta berbanding RM49.2 juta yang dikutip pada tahun lepas.

Pada tahun ini juga katanya, Muis akan mengagihkan wang zakat berjumlah RM7.39 juta kepada 36,996 golongan asnaf termasuk fakir miskin serta mualaf dengan setiap asnaf menerima RM200.

“Kita sudah ada beberapa mekanisme dan pendekatan yang dirancang Bahagian Zakat bagaimana untuk meningkatkan kutipan zakat terutama zakat perniagaan,” katanya. PHOTO – www.hmetro.com.my

Komen


Berita Berkaitan