Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadar royalti terlalu tinggi boleh “bunuh” Petronas: Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bergambar dengan pemilik buku ‘Doktor Umum; Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad’ selepas memberikan autografnya. Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa menteri kabinet untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia semalam. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyemak semula royalti lima peratus yang dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Sabah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan perlu berhati-hati kerana kadar bayaran royalti yang baharu boleh mengakibatkan Petronas menanggung operasi yang lebih besar.

“Jika kita mengambil 40 peratus royalti minyak daripada kos operasi, Petronas akan kehilangan wang dan ia boleh `membunuh’ Petronas, “katanya kepada pemberita selepas mengadakan  pertemuan dan bersarapan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, di sini hari ini.

Dr. Mahathir menegaskan, Malaysia akan kerugian jika Petronas terpaksa menumpukan untuk mengutip royalti minyak kerana syarikat itu adalah unik dan ramai negara luar menggunakan kepakaran syarikat cari gali minyak negara itu.

“Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas nasional yang menceburi bidang eksplorasi, pembangunan dan pengeluaran ke petrokimia.

“Jika anda menjadikan Petronas hanya untuk mengutip royalti minyak, maka kita akan kehilangan banyak benda.

Oleh itu kita perlu mengekalkan kekuatan Petronas tetapi pada masa yang sama kita merasakan bahawa terdapat keperluan untuk melihat semula beberapa perkara.

Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah berjanji untuk meningkatkan royalti minyak bagi semua negeri pengeluar minyak hingga 20 peratus berbanding lima peratus yang diterima pada masa ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan Persekutuan telah memberi balik sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini, walaupun pada hakikatnya, banyak negeri masih berhutang kepada kerajaan Persekutuan.

“Terdapat pinjaman tidak berbayar, ini bermakna kita boleh muflis jika pembayaran itu tidak dilangsaikan segera.

Tetapi negeri berkenaan telah mendapat wang ini, bahkan ada negeri yang menawarkan untuk meminjamkan wang kepada kerajaan Persekutuan.

“Saya fikir kita perlu belajar untuk hidup bersama dan bersikap adil antara satu sama lain,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan