Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kadar pertumbuhan produktiviti PKS di Malaysia masih rendah

2:41pm 11/08/2016 Leolerry Lajius 82 views Tempatan
Bolkiah (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai seminar berkenaan.

Bolkiah (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai seminar berkenaan.

KOTA KINABALU: Kadar pertumbuhan produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia masih rendah dengan hanya peningkatan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 0.4 peratus pada tahun lalu disebabkan pertambahan dalam bilangan pekerja dan bukan peningkatan produktiviti atau pengeluaran.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, PKS Sabah perlu mengambil peluang dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)  dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific (TPPA)  untuk menambahbaik produk dan pengeluaran bagi menembusi pasaran terbuka antarabangsa.

“Tahap produktiviti dan rantaian nilai dalam kalangan PKS ini perlu dianjakkan daripada aktiviti bernilai rendah dan berintensifkan sumber, kepada aktiviti berintensifkan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti, berdaya maju dan bernilai tinggi.”

“Sehubungan itu, industri dan perusahaan Sabah perlu mengambil peluang untuk menambahbaik produk dan proses pengeluaran berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh PPRN dengan mengemukakan permasalahan atau isu teknikal dan teknologi yang dihadapi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian seminar dan bengkel Public-Private Research Network (PPRN) bagi siri jelajah Negeri Sabah yang teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Hj. Ismail, di Dewan Resital UMS, hari ini.

Beliau turut menyatakan, industri dan perusahaan Sabah perlu mengambil peluang untuk menambahbaik produk dan proses pengeluaran berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh PPRN dengan mengemukakan permasalahan atau isu teknikal dan teknologi yang dihadapi.

“PPRN membantu untuk mendapatkan khidmat kepakaran penyelidik tempatan yang berpotensi untuk membawa perubahan positif kepada daya saing dan produktiviti syarikat dan seterusnya akan membolehkan mereka terus bergerak ke atas rantaian nilai,”katanya.

PPRN merupakan satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada  Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi-agensi kerajaan yang lain sama ada di peringkat persekutuan atau negeri dan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Bolkiah (tengah) menerima cenderahati daripada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS Dr. Mohd Shahril Yusof (kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Unit PPRN Datin Dr. Syahira Hamidon.

Bolkiah (tengah) menerima cenderahati daripada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS Dr. Mohd Shahril Yusof (kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Unit PPRN Datin Dr. Syahira Hamidon.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan