Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadar pertumbuhan ekonomi semakin kukuh – MOF

Sandakan : Kadar pertumbuhan ekonomi negara kini semakin kukuh dengan unjuran kewangan antara 5.5 hingga 6 peratus pada tahun ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kadar tersebut lebih baik berbanding pencapaian 5.9 peratus pada tahun lepas.

Selain Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bakal mengubah landskap sosio-ekonomi rakyat, beliau turut menjelaskan mengenai penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diagihkan pada Jun dan Ogos ini.

Mohd Irwan juga memberi bayangan terhadap projek baharu di daerah itu iaitu pembinaan stesen jana kuasa elektrik bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan letrik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Isnin ini.

Justeru, beliau menyelar fitnah yang dilempar pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara muflis.

Beliau berucap demikian pada Program #MOF Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, pada Sabtu yang turut dihadiri mantan ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan mantan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan daripada MOF dana Perbendaharaan Malaysia Sabah kepada lima penerima Orang Kurang Upaya (OKU), 10 golongan asnaf, lima ibu tunggal dan 10 pelajar cemerlang.

Turut disampaikan, sumbanagn RM1,000 dengan 10 kampit beras kepada Surau Al Hidayah Batu Sapi, Surau Nur Rahmat Kg Bukit Nenas, Surau At- Tawba Kg Tabah Baru, Surau Al Hassan Kg Sundang dan Surau Nur Islam Kg Siponong./Penerangan-

Mohd Irwan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal.

Komen


Berita Berkaitan