Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kadar capaian jalur lebar di Malaysia kini 70.2 peratus

Halim Shafie (enam kiri) dan Cho Byungjae (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta-peserta "International ICT Volunteers - 2015 Boot Camp". Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Halim Shafie (enam kiri) dan Cho Byungjae (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta-peserta “International ICT Volunteers – 2015 Boot Camp”. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Kadar penembusan jalur lebar dalam kalangan isi rumah di negara ini telah mencapai 70.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan dalam merapatkan jurang digital rakyat di bandar dan luar bandar.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, inisiatif yang diambil oleh kerajaan termasuklah mempromosikan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah selain mewujudkan Pusat Internet 1Malaysia di kampung-kampung.

“Semua ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosi kemajuan pembangunan ICT dalam kalangan pelajar dan orang ramai terutama di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Sukarelawatan ICT Antarabangsa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Duta Besar Korea ke Malaysia, H E Cho Byungjae. Hadir sama, Pegawai Program Gabungan Kesatuan Antarabangsa, Wisit Atipayakoon dan Pegarah Eksekutif Bahagian Operasi Global IT NIA, Dr. Jeong Won Yoon.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi Program Sukarelawan ICT Antarabangsa pada tahun ini yang diadakan di Sabah. Penganjuran kali ini diadakan dengan kerjasama SKMM, ITU dan Agensi Sosial dan Maklumat Kebangsaan Korea (NIA).

Program berbentuk pendidikan ini diilhamkan oleh ITU dan NIA pada 2012 dengan disertai negara Asean seperti Kemboja, Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan Sri Lanka.

Menurutnya, sektor ICT memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara dan Asean menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi Asean (TELMIN), telah bersetuju meningkatan penguasaan ICT dalam kalangan rakyat menjelang 2020.

Jelas beliau lagi, Malaysia juga tidak terkecuali daripada menjayakan program merapatkan jurang ICT dengan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 bertujuan menjadikan negara sebagai hab ICT. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan