Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kabinet Persekutuan baharu diminta mantapkan usaha bela nasib rakyat

Tawfiq (tujuh dari kanan) bersama para pemimpin menyanyikan lagu raya pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Tawfiq (tujuh dari kanan) bersama para pemimpin menyanyikan lagu raya pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Barisan baharu jemaah Kabinet Persekutuan diharap dapat mengukuhkan lagi kesinambungan pembangunan negara yang lebih mantap terutama dalam membela nasib rakyat.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, beliau menyokong penuh rombakan Kabinet Persekutuan yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Selasa lalu.

Katanya, rombakan kabinet yang berlaku diperingkat Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah perkara biasa, malah ia turut berlaku di negara lain,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini hari ini.

Katanya, keputusan menggugur dan menyusun semula barisan Kabinet yang baharu adalah kuasa mutlak Najib selaku pemimpin nombor satu negara.

“Saya dan rakan-rakan Menteri tentu sekali sependapat bahawa rombakan adalah untuk kebaikan dan masa depan negara, rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup dalam kerajaan yang mampu bela nasib rakyat,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan