Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KABINET NEGERI PERAKU PEMANSUHAN GERAN KOMUNAL

Ketiua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di PPNS tadi. Gambar SNT/Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri pada Rabu telah memperakukan pemansuhan sistem pemberian tanah secara komunal dan menggantikanya dengan mekanisme baru di mana setiap penama dalam geran tanah komunal akan diberi geran individu.

Ini bermakna sebanyak 96 geran komunal yang melibatkan sejumlah 152,268.23 ekar tanah akan dibatalkan dan diganti dengan geran individu berstatus Native TItle (NT) untuk kesemua 13,789 penama dari 271 kampung di 15 daerah Sabah.

“Ini dibincangkan hari ini oleh Kabinet … kita akan memansuhkan geran komunal yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelumnya. Kami akan mengambil beberapa pendekatan baru untuk memastikan hak pemilik tanah akan dilindungi,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di PPNS hari ini, beliau berkata langkah itu adalah selaras dengan manifesto pilihan raya parti Warisan.

Dia berkata, sejak sekian lama banyak perkara yang telah berlaku mengenai pengurusan tanah di Sabah dan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Warisan mahu mengubahnya.

“Kami mahu memastikan hak pemilik tanah itu dilindungi supaya tidak ada permohonan bertindih dan mereka akan mendapat manfaat dari tanah yang telah mereka pohon dan diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Selain pengeluaran geran NT individu kepada setiap penama, mana-mana perjanjian usahasama sedia ada di atas tanah yang terlibat tertakluk kepada terma haruslah dirunding semula.

Selain itu, beliau berkata beberapa syarat telah dikenakan untuk perlindungan pemilik tanah seperti hakmilik tanah NT individu itu tidak boleh dipindahmilik dan digunakan sebagai cagaran di bank.

“Ini penting, tanah itu tidak boleh digunakan sebagai cagaran kerana ia mungkin mengakibatkan pemilik kehilangan tanah jika mereka tidak dapat membayar hutang ketika bank memutuskan untuk menuntutnya,” katanya.

Shafie berkata bahawa satu lagi syarat demi perlindungan pemilik tanah adalah bahawa geran NT individu itu tidak boleh diurus menggunakan Power of Attorney.

Menurut beliau, penerangan mengenai hal-hal terperinci keputusan ini akan diumumkan apabila tiba 100 hari tempoh menjadi kerajaan.

Beliau berkata terdapat beberapa janji seperti penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dapat dipenuhi dalam masa yang agak singkat tetapi ada beberapa hal yang mungkin mengambil sedikit masa.

“Kita perlu mengubah cara kita menguruskan tanah kita kerana tanah semakin berkurangan,” katanya, sambil menambah bahawa di kawasan-kawasan bandar sudah tidak ada lagi tanah yang kosong sebab banyak telah dibangunkan.

Begitu juga, di kawasan luar bandar yang walaupun masih ada yang boleh diberikan kepada rakyat tetapi ianya adalah terhad.

Beliau berkata Kerajaan Negeri baru juga akan menunaikan janjinya untuk membantu penduduk asal yang telah memohon tanah selama puluhan tahun malah ada pemohon asal telah mati tetapi selagi rekod permohonan itu akan dijalankan dan diberikan kepada keluarga pemohon itu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan