Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kabinet negeri diberi peringatan

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Putatan di Masjid Daerah Putatan. – Foto Khairull Azry Bidin.

 

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan jemaah Kabinet negeri supaya mengutamakan tugas dan perkhidmatan kepada rakyat berbanding membuat pengubahsuaian pejabat masing-masing.

Beliau membuat peringatan itu berikutan ada menteri dan pembantu menteri yang baru memasuki pejabat masing-masing pada minggu lalu merungut mengenai keadaan pejabat mereka yang usang.

“Ada yang merungut pejabat tiada pendingin hawa selain keadaan pejabat yang sempit dan lama tetapi saya katakan kepada mereka bukan itu yang penting.

“Apa yang penting ialah besarkan perkhidmatan, jangan besarkan pejabat kerana bukan pejabat yang utama tetapi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Parti Warisan Sabah (WARISAN) Petagas di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Junz Wong; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Mohd Shafie turut mengingatkan jemaah Kabinet kerajaan pimpinannya supaya tidak mengubah gaya hidup seperti membeli atau membina rumah baharu.

“Jaga etika, jangan tukar rumah. Bagi saya tidak apa kalau kita menjadi hamba kepada rakyat kerana memang sewajarnya kita perlu mendengar suara rakyat,” katanya.

Katanya, dengan kekayaan negeri yang ada, beliau yakin dapat membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik menerusi pelbagai pendekatan membangunkan ekonomi yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri diketuai WARISAN berdepan cabaran untuk memulihkan ekonomi negeri, beliau yakin kepemimpinannya mampu membawa perubahan kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Mohd Shafie turut menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan mualaf sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas. –  Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah/BH Online

Komen


Berita Berkaitan