Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaamatan simbol keunikan perpaduan di Sabah

KENINGAU:Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyifatkan, sambutan Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat KadazanDusun Murut di Sabah yang turut sama dimeriahkan oleh seluruh rakyat di negeri ini, merupakan salah satu bukti bahawa Sabah yang terkenal dengan keunikan kepelbagaian kaum dan kebudayaan merupakan contoh 1Malaysia yang sebenar.

Menurut Musa, setiap kali perayaan ini disambut setiap tahun, seluruh masyarakat di Sabah tanpa mengira kaum dan kepercayaan akan sentiasa turut serta dalam memeriahkannya.

“Pesta Kaamatan adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di negara khususnya di negeri ini untuk hidup aman damai dan bersatu padu, walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kepercayaan.”

“Tentunya perayaan, ini turut memberi peluang untuk kita mengenali, memahami dan menghormati adat dan budaya suku kaum KadazanDusun Murut,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Negeri Sabah,di Padang Bandaran Keningau, hari ini, yang dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Dr Juhar Mahiruddin.

Musa turut menyeru agar rakyat di negeri ini terus memelihara keutuhan perpaduan antara kaum dan tidak menjadikan perbezaan sebagai batu penghalang untuk saling hormat menghormati.

“Kita perlu menginsafi bahawa kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati ini bukanlah sesuatu yang wujud secara semula jadi, sebaliknya ia adalah hasil usaha dan pengorbanan seluruh lapisan rakyat sejak dahulu hingga kini,”katanya./SayangSabah

Musa (kanan), Tun Juhar (tengah) dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kiri) ketika melancarkan gimik perasmian pesta kaamatan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan