Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kaamatan salah satu produk pelancongan yang berpotensi

PENAMPANG: Pesta Kamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) di Sabah merupakan satu produk pelancongan yang mempunyai daya penariknya sendiri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perayaan ini wajar diberi sentuhan baru memandangkan ia semakin mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat di negara ini malah turut menarik perhatian pelancong luar negara.

Katanya, saban tahun acara kemuncak perayaan ini yang disambut di Pusat Kebudayaan KDCA menyaksikan kehadiran pengunjung yang ramai termasuk pelancong luar negara.

“Pada hari ini kita dapat melihat perayaan ini bukan hanya di lingkungan perayaan kebudayaan semata-mata tetapi kita melihat ianya banyak melahirkan satu industri produk pelancongan. ”

“Ramai yang datang daripada luar negara bersempena dengan perayaan bulan mei ini dan masyarakat antarabangsa juga kita tahu mereka datang ke Negeri Sabah semata-mata untuk ingin melihat pesta menuai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena sambutan pesta kaamatan peringkat Negeri Sabah di Pusat Kebudayaan KDCA, hari ini.

Mohd Shafie juga menegaskan kekayaan budaya masyarakat majmuk di negeri ini wajar diketengahkan sebagai antara produk utama sektor pelancongan sejajar dengan jumlah kehadiran pengunjung dalam sambutan pesta kaamatan tahun ini.

Dalam pada itu Mohd Shafie juga menegaskan, sudah tiba masanya untuk Negeri Sabah dibangunkan bukan hanya setanding dengan negeri-negeri yang terdapat di negara ini malah setanding dengan negara luar.

Usaha itu bukanlah satu perkara yang musathil berikutan Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk menjana ekonomi.

“Yang penting bagi kita membangunkan Negeri Sabah, membangunkan bangsa Sabah ke arah yang lebih baik.”

“Inilah masanya, inilah waktunya, Sabah, kita perlu bangunkan setanding bukan hanya dengan dengan negeri negeri yang lain tetapi setanding dengan negara negara yang lain, “katanya./SayangSabah

Shafie (tiga dari kiri) mengetam padi sebagai simbolik gimik perasmian.

Komen


Berita Berkaitan