Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaamatan jadikan Sabah destinasi pilihan pelancong

1:27pm 15/05/2016 Leolerry Lajius 36 views Tempatan
Salleh (dua dari kanan) mengambil gambar bersama pemenang ratu unduk ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Salleh (dua dari kanan) mengambil gambar bersama pemenang ratu unduk ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: “Pesta Kaamatan merupakan satu perayaan yang asli dari Sabah serta disambut di peringkat nasional dan kita sebagai warga negeri ini haruslah sama-sama menyokong dan memeriahkan pesta ini.”

Demikian ungkapan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, ketika berucap merasmikan majlis penutupan Karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Menurut Salleh, perayaan ini yang pada awalnya hanya disambut di peringkat kampung kini dirayakan sehingga ke peringkat nasional dan turut dirayakan oleh seluruh masyarakat.

“Pesta yang asli dari Sabah ini merupakan salah satu daya tarikan pelancongan yang menjadi platform utama untuk mengengahkan budaya masyarakat di Sabah.”

“Kementerian Komunikasi akan sentiasa menyokong perayaan seumpama ini kerana ia bukan sahaja sebagai medium untuk mengetengah kebudayaan masrayakat Sabah malah mampu memainkan peranan sebagai agen perpaduan,”katanya.

Tambah beliau, peruntukan khas juga akan diberikan kepada bandaraya Kota Kinabalu bagi tujuan menyediakan kemudahan wifi percuma ke arah menjadikan bandaraya ini setanding dengan bandaraya lain.

“Kita akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai usaha untuk membangunkan kawasan bandaraya yang menjadi salah satu tumpuan pelancong di negeri ini agar terus menjadi tumpuan pelancong dan kemudahan kita bersama,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan