Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

K1M perlu perbanyakkan program jati diri, patriotisme

4:07pm 27/03/2017 Leolerry Lajius 27 views Tempatan

Datu Nasrun bersalaman dengan Jawatankuasa Penganjur Program Sepakat K1M Peringkat Daerah Lahad Datu, diiringi Ibrahim.

LAHAD DATU :  Komuniti 1Malaysia (K1M) perlu memperbanyakkan lagi program yang menjurus kepada pembangunan jati diri serta patriotisme masyarakat khususnya generasi muda.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata K1M platfom terbaik bagi menjana serta membentuk pemikiran masyarakat akar umbi menerusi penyaluran maklumat yang terkini dan berwibawa.

“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), K1M perlu terus  memperbanyakkan lagi aktiviti serta program yang boleh menarik minat golongan sasar iaitu generasi muda.

“Dengan penglibatan itu, mereka akan didedahkan secara langsung dengan isu-isu semasa yang mengandungi  fakta serta sumber yang sahih.

“Kita juga berharap, program K1M dapat mendidik masyarakat agar tidak terus menerima apa juga isu yang tular dalam media sosial, sebaliknya menggalakkan mereka untuk tampil mendapatkan maklumat yang berwibawa,” katanya ketika berucap merasmikan Sepakat K1M Peringkat Daerah di Desa Kencana Felda Wilayah Sahabat, dekat sini pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dalam ucapannya memaklumkan Sabah mempunyai 151 K1M secara keseluruhan manakala enam daripadanya terdapat di Daerah Lahad Datu.

Ia termasuk K1M Bandar Lahad Datu, K1M Kampung Jawa, K1M Zon Segama, K1M Zin Tanjung Labian, K1M Kampung Ulu Tungku dan K1M Anjung Teduh Felda Sahabat.

Hadir sama Ketua Pengarah JaPen, Datuk Ibrahmim Abdul Rahman; Pengarah JaPen Sabah, Suwadi Guliling; Pegawai Daerah, Iman Ali dan Ketua Unit Komuniti Felda Wilayah Sahabat, Anuar Bakil./PENERANGAN-

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan