Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

K1M membantu menyampaikan dasar-dasar kerajaan

5:36pm 23/12/2015 Ann Vivien 27 views Perniagaan,Tempatan
Ahli-ahli K1M Tenom dan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Tenom merakamkan gambar kenangan bersama Almain (duduk, empat dari kiri) semasa melawat Kilang Kopi Yit Foh.

Ahli-ahli K1M Tenom dan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Tenom merakamkan gambar kenangan bersama Almain (duduk, empat dari kiri) semasa melawat Kilang Kopi Yit Foh.

TENOMKomuniti 1Malaysia (K1M) akan sentiasa menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan Sabah dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan terus kepada masyarakat.

Pengarah Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul berkata, kerjasama melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bersama K1M di daerah-daerah diseluruh negeri mampu memberi manfaat terutama dari segi pemupukan semangat perpaduan antara rakyat dan jabatan kerajaan berkaitan

Katanya, K1M bukan saja berfungsi sebagai rakan penyampai maklumat tetapi juga sebagai badan bukan kerajaan yang boleh membantu untuk mempromosi produk-produk tempatan yang mempunyai nilai tinggi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengadakan lawatan ringkas ke Kilang Kopi Yit Foh bersama ahli-ahli K1M Tenom, dekat sini pada selasa.

Almain berada disini  dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke pejabat-pejabat penerangan Bahagian Pedalaman Atas termasuklah Keningau dan Tambunan. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan