Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

K1M memainkan peranan sebagai penyemarak perpaduan

7:43pm 14/05/2016 Leolerry Lajius 8 views Tempatan
Arifin (kiri) ketika melawat pameran produk K1M.

Arifin (kiri) ketika melawat pameran produk K1M.

MEMBAKUT :  Komuniti 1Malaysia (K1M) harus berada di hadapan dan memainkan peranannya sebagai agen menyemarak perpaduan, nilai positif dan ilmu pengetahuan dalam masyarakat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga ADUN kawasan tersebut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata komuniti itu juga telah  melaksanakan tugasnya dengan proaktif, sentiasa memberi kerjasama serta menyelaraskan apa jua program kemasyarakatan di daerah tersebut.

Mengenai keputusan Jabatan  Penerangan (JaPen) Sabah untuk menganjurkan Program Semarak K1M secara berasingan dengan Daerah Beaufort bermula tahun ini, beliau memberi reaksi positif.

“Dengan penganjuran secara berasingan itu, masyarakat di sini dapat meraikannya setiap tahun tanpa menunggu giliran dengan Daerah Beaufort.

“Ini adalah perkembangan positif dan kita berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada Jabatan Penerangan atas keprihatinan tersebut,” ujarnya.

Jelas beliau, program itu bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, malah berupaya menangkis sebarang tohmahan serta persepsi negatif yang dilempar pihak tidak betanggungjawab menerusi sebaran  maklumat dan penjelasan secara terus ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan program berkenaan di Dataran Membakut, malam tadi.

Pada majlis itu, Arifin menyaksikan penyampaian ‘touch point’ sumbangan RM1,500 oleh Penasihat Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA), Dato’ Saddi Sariah kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Membakut.

Turut diadakan Pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah.

Antara yang hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin; Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri,  Tahir Mat Soon; Pengerusi Permuafakatan Daerah Beaufort, Hj.Muadi Saman. /SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan