Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jutawan Sombong, Ditangkap Langgar Pengawal Lambat Buka Pintu

sombong

India – Sikap sombong dan angkuh seorang jutawan, Mohammed Nisham, akhirnya membawa dia ke penjara selepas didakwa membunuh pengawal keselamatannya dengan melanggar lelaki berkenaan dengan kenderaan Hummer.

Dia berbuat demikian kerana hilang sabar selepas lelaki itu lambat membuka pintu pagar ketika Nisham pulang ke rumah, pada lewat malam.

Pengawal keselamatan itu, K Chandrabose, 50, meninggal dunia semalam selepas tidak sedarkan diri di hospital.

Menurut doktor yang merawatnya, Chandrabose meninggal dunia selepas jantungnya gagal berfungsi susulan kecederaan dalaman yang dialaminya.

Nisham kini ditahan di penjara berhampiran bandar Thrissur.

Dia sebelum ini mempunyai beberapa kes termasuk membenarkan anaknya yang berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari di jalan raya pada 2013.

Sementara bagi kes lain, dia dibebaskan selepas membayar denda.

Nisham yang merupakan taikun tembakau itu turut mempunyai perniagaan lain termasuk hartanah, hotel dan saudagar permata di Timur Tengah.

Komen


Berita Berkaitan