Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jutawan silap dukung suami orang

MICHELLE mendukung lelaki yang disangkanya kanak-kanak.
MICHELLE mendukung lelaki yang disangkanya kanak-kanak.

London: Jutawan pakaian dalam, Michelle Mone semalam mendedahkan saat paling memalukan pernah dia lalui mendukung seorang ‘kanak-kanak’ comel’ dihadapan 3,000 orang sebelum menyedari ‘kanak-kanak’ itu sebenarnya lelaki berusia 46 tahun yang sudah beristeri.

Michelle yang digelar ‘Taikun Coli’ berucap di satu majlis yang dihadiri usahawan di Vietnam apabila ‘budak’ berkenaan berlari ke atas pentas sambil membawa bunga untuknya.

Dia mendukungnya dan merakam gambar selfie bersamanya.

“Saya memang menyedari ada yang tidak kena dengan ‘budak’ itu kerana giginya kuning seperti kesan nikotin,” tulis Michelle dalam laman Twitternya. – HMetro

Komen


Berita Berkaitan