Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jutawan India dituduh bunuh anak tiri

9:46am 18/02/2016 Pak Roshan 8 views Global
Peter Mukerjea dan isterinya, Indrani. - INDIATODAY

Peter Mukerjea dan isterinya, Indrani. – INDIATODAY

Mumbai: Jutawan media India, Peter Mukerjea, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Star India didakwa membunuh berikutan kematian anak perempuan tirinya.

Menurut pegawai Biro Siasatan Pusat India (CBI), dia juga menghadapi tuduhan menculik, menyembunyikan bukti serta memberi maklumat palsu.

“Dia didakwa dengan tuduhan yang sama seperti yang lain,” kata pegawai itu merujuk kepada tuduhan terhadap isteri Mukerjea serta dua lagi.

Isterinya, Indrani Mukerjea didakwa bersama pemandu dan bekas suaminya mencekik Sheena Bora sehingga mati dan membawa mayatnya ke dalam hutan sebelum dibakar.

Sheena, 22, anak Indrani hasil perkahwinannya sebelum ini, dibunuh pada April 2012 dan mayatnya yang hangus ditemui beberapa bulan kemudian dalam hutan di negeri Maharashtra.

Indrani ditahan Ogos tahun lalu, kerana disyaki membunuh mangsa yang menjalin hubungan dengan Rahul iaitu anak lelaki Peter hasil perkahwinannya sebelum ini,

Pelbagai motif dikaitkan dengan jenayah itu, termasuk kewangan serta membantah hubungan Sheena dengan Rahul.

Peter Mukerjea yang ditahan November lalu, ialah bekas CEO Star India milik Fox dari 1997 hingga 2007 sebelum memulakan stesen televisyennya sendiri. – AFP/HMetro

Sheena dan Rahul. - Foto INDIATODAY

Sheena dan Rahul. – Foto INDIATODAY

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan