Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jutaan penduduk Filipina terdedah taufan Mangkhut

Foto yang disediakan oleh NASA memperlihatkan imej satelit yang diperolehi oleh Radiometer Pengimejan Inframerah (VIIRS) Taufan Mangkhut yang menghampiri Filipina. – Foto EPA

 

MANILA: Puluhan juta penduduk dijangka berdepan risiko Taufan Mangkhut yang bakal melanda utara Filipina minggu ini.

Taufan itu dijangka membawa hujan lebat yang mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan ombak besar di negara yang sering terdedah kepada bencana itu.

Difahamkan pekerja kecemasan sudah dikerahkan ke hujung utara pulau Luzon, iaitu lokasi taufan Mangkhut dijangka tiba Sabtu ini.

Ia kini sedang melintasi Lautan Pasifik dengan kekuatan angin 255 kilometer sejam.

“Kami bimbang dengan keadaan 10 juta penduduk Filipina yang tinggal di laluan ribut ini,” kata Pengerusi Pertubuhan Palang Merah Filipina, Richard Gordon.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca tempatan berkata, Mangkhut adalah taufan paling kuat tahun ini, yang diramal membawa angin sehingga 270 kilometer sejam esok, sebelum menjadi lemah, namun masih berbahaya ketika mendekati daratan.

“Pertubuhan Palang Merah Filipina menjangkakan tiga juta penduduk Filipina yang tinggal di laluan taufan Mangkhut,” kata Pegawai Komunikasi, Mary Joy Evalarosa kepada AFP. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan