Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jutaan ‘likes’ selfie tidak sama nilai dengan nyawa

likes

Berikutan banyak kematian dan kecederaan berlaku akibat ‘selfie’, Kementerian Dalam Negeri Russia hari ini, melancarkan kempen ‘selfie selamat’ dengan slogan ‘Walaupun mendapat jutaan ‘likes’ di media sosial ia tidak sama nilai dengan nyawa dan keselamatan anda’

Kementerian itu menyediakan panduan dalam talian lengkap dengan grafik batang pemegang kamera atau telefon serta lokasi yang boleh membahayakan, termasuk bergambar dekat singa, landasan kereta api dan menara elektrik.

Banyak contoh itu berdasarkan kejadian sebenar seperti April lalu, remaja Russia yang terpengaruh dengan ‘selfie’ di atas struktur tinggi, seorang remaja perempuan dari Saint Petersburg mati terjatuh ke atas landasan kereta api. Seorang wanita mati terjatuh dari jambatan hujung minggu lalu, dan seorang wanita di Moscow secara tidak sengaja menembak kepalanya ketika bergaya dengan pistol, Mei lalu.

“Kejadian malang ini boleh dielakkan. Apabila seseorang cuba merakam diri sendiri, mereka menjadi lalai, hilang keseimbangan dan tidak menyedari bahaya di sekeliling” kata kenyataan pada laman web itu.

Bukan penduduk Russia sahaja membahayakan diri demi selfie. Awal tahun ini, sebuah pesawat awam terhempas di Colorado, membunuh juruterbang dan penumpangnya selepas juruterbang itu gagal mengawal pesawat ketika berselfie. Seorang lelaki di Sepanyol mati terkena renjatan ketika memanjat ke atas bumbung kereta api elektrik.

Pada 2014, video yang menjadi memaparkan seorang lelaki merakam dirinya ditendang di kepala oleh konduktor kereta api sedang bergerak menarik 37 juta pengunjung di YouTube. Dia tidak cedera tetapi tiga pelajar kolej di India yang meniru aksinya tidak bernasib baik.

“Kemajuan teknologi hari ini datang bersama cabaran dan ancaman. Panduan kami mengingatkan anda supaya berselfie dengan selamat, bukannya yang terakhir,” kata pegawai Kementerian Dalam Negeri Russia, Yelena Alekseyeva. – CS Monitor/HMetro

Komen


Berita Berkaitan